Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2020

Nama-nama Makkah

1) Makkah.(Surah al-Fath 48 : 24) - Makkah ertinya membinasakan atau mengurangkan. Dinamakan Makkah kepada Tanah Haram Makkah seluruhnya kerana Makkah mengurang atau menghapus dosa orang yang datang kepadanya. 2) Bakkah. (Surah Ali 'Imran 3 : 96) - Bakkah ertinya memecah, mencarik, atau menunduk. Dinamakan Bakkah kerana ramai manusia datang kepadanya dan menyebabkan orang bersesak-sesak padanya. Makkah juga menunduk atau menghancurkan orang yang zalim dan menghapuskan mereka. 3) Ummul Qura. (Surah al-An'am 6 : 92, Surah al-Syura 42 :7) - Ummul Qura membawa erti ibu kampung atau kota. 4) Al-Balad. (Surah al-Balad 90 : 1-2) - Al-Balad membawa erti negeri. Yang dimaksudkan dengan negeri ialah Makkah. 5) Al-Baldah. (Surah al-Naml 27 : 91) - Ia juga membawa maksud negeri, iaitu Makkah. 6) Al-Baladul Amin. (Surah al-Tin 95 :1) - Ia memberi erti negeri yang aman. Hal ini kerana manusia dan haiwan yang berada di Makkah mendapat keamanan pada zaman jahiliah dan Islam. 7) Haraman

Kelebihan Air Zam Zam

Tidak makan tetapi bertambah gemuk?? Abu Zar al-Ghifari r.a atau nama sebenarnya Jundub Bin Junadah ada menceritakan kisah bagaimana beliau memeluk Islam dan ternyata kisah ini sangat menarik. Beliau merupakan antara sahabat yang terawal memeluk Islam. Setelah mendengar mengenai kemunculan seorang nabi di Mekah, Abu Zar bersama adiknya Unais pergi ke Mekah untuk menemui Rasulullah SAW. Tidak terlalu panjang perbualan antara Rasulullah SAW dan Abu Zar r.a sebelum Abu Zar r.a t erus melafazkan syahadahnya. Antara perbualan dua insan mulia ini yang ada direkodkan di dalam Shahih Muslim adalah : - Menurut Abu Zar, setelah bertemu dengan Rasulullah SAW, Baginda bertanya kepadanya, "Sejak bila kamu berada di sini?" Jawabnya, "Semenjak 30 hari yang lalu." Rasulullah SAW bertanya lagi, "Siapa yang memberi kamu makanan?" Jawab Abu Zar, "Saya tidak mempunyai makanan dan saya hanya meminum air zam zam sahaja. Tetapi saya berasa semakin gemuk