Langkau ke kandungan utama

Catatan popular daripada blog ini

Ringkasan tawaf Wada'

Ringkasan Tawaf Wada’ 1)     Hukumnya adalah wajib . 2)     Tawaf wada’ merupakan ibadah wajib yang tersendiri, tidak berkaitan dengan haji atau umrah. Wajib bagi ‘sesiapa’ yang memasuki Mekah. 3)     Keluar dari Mekah dengan tidak melakukan tawaf wada’ : ●      Berdosa jika sengaja dan wajib membuat tawaf wada’ jika masih belum melepasi dua marhalah. ●      Jika sudah melepas dua marhalah, tidak wajib atasnya untuk kembali menunaikan tawa wada’. ●      Jika tidak kembali semula ke Mekah dengan tujuan tawaf wada’, wajib baginya untuk menunaikan dam tertib dan taqdir. ●      Jika kembali semula ke Mekah(melakukan tawaf wada’) sebelum mencecah perjalanannya dua marhalah gugur daripadanya dam tertib dan taqdir. ●      Jika dia kembali semula ke Mekah selepas mencecah perjalanannya dua marhalah dia tetap wajib menyempurnakan dam tertib dan taqdir. *Jika seseorang keluar dari Mekah kerana sesuatu hajat ke suatu tempat yang                   jaraknya tidak menc

Pintu dan tiang di Raudhah

Dua tiang di dalam Raudhah Masjid Nabawi yang dinamakan Al Hars dan Al Wufud. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Di Masjid Nabawi, setiap tiang ada sejarah dan sirahnya yang tersendiri. Masjid yang kita cintai ini, yang dibina berasaskan kepada taqwa yang sarat dengan kisah-kisah menjadi saksi kepada agama dan ummat ini. Di antara dua tiang ini adalah "Pintu Nabi" ataupun dinamakan juga sebagai Pintu Sayyidah A'isyah RA kerana ini adalah pintu dari bilik beliau yang melaluinya Rasulullah akan terus masuk ke Masjid Nabawi. Di sebelah kanan gambar adalah tiang Al Hars yang bermaksud penjaga ataupun "bodyguard". Manakala di sebelah kiri pula adalah tiang Al Wufud yang bermaksud delegasi. Tiang Al-Hars. Tiang Al Hars merupakan tempat penjaga keselamatan Rasulullah SAW berjaga. Tugas tersebut digilirkan di kalangan sahabat dan sahabat yang paling kerap berjaga di sini adalah Saidina Ali RA sehingga tiang ini juga digelar

Ka'bah

Tersergam megah di tengah Layaknya cinta dari hati merah Gagah penjuru empat arah Ke seluruh dunia seruan membelah Bemula di Hajarul Aswad Melalui Multazam Menyusur pintu Ka'abah yang mulia Berjalan bertemu Rukun Iraqi Apa khabar saudara-saudara ku di Iraq sana Melintasilah Hijr Ismail Tempat yang mulia Asalnya juga Ka'bah yang mulia Saksi insan-insan di sudut kecil Berjalan lagi dengan khusyuk bertemu Rukun Syaami hatiku menjadi tawadhuk mengenang takdir yang mereka alami Apa khabar saudara-saudara ku di bumi berkah Syam sana Maka berjalanlah aku ke Rukun Yamani membaca doa ajaran nabi "Rabbana aatina fiddunya hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qiina azaabannar!" رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ Wahai Tuhan kami, berikan kami kebaikan di dunia, dan  kebaikan  di akhirat, dan jauhkan kami dari azab neraka!  Maka aku kembali ke Hajarul Aswad Tersedar yang aku selesai satu pusingan tawaf Labba