Langkau ke kandungan utama

PENGUMUMAN DARI KEMENTERIAN HAJI DAN UMRAH ARAB SAUDI


 

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah
mengumumkan syarat baharu untuk umrah.


  1. Hanya mereka yang berumur 18-65 tahun sahaja yang akan dibenarkan untuk menunaikan umrah pada peringkat awal ini.

  2. Hanya mereka yang telah berdaftar dengan aplikasi umrah sahaja yang dibenarkan untuk masuk ke Masjidil Haram.

  3. Permit umrah akan diberi percuma(penduduk tempatan).

  4. Penginapan dan pengangkutan boleh ditempah melalui aplikasi yang disediakan oleh kementerian.

  5. Pusat pengasingan akan diadakan di hotel-hotel untuk para jemaah yang mempunyai sebarang simptom.

  6. Saluran alternatif diberikan untuk mereka yang mempunyai masalah mendaftar menggunakan aplikasi yang disediakan oleh kementerian.

  7. Jemaah umrah akan dibahagikan kepada 12 kumpulan pada satu-satu masa dalam tempoh 24 jam dan satu sesi hanya dibenarkan 3 jam sahaja. Pegawai kesihatan akan ditugaskan untuk memantau perjalanan umrah.




Berkenaan umrah untuk jemaah antarabangsa :


  1. Keputusan akan dibuat mengikut negara dan akan ditentukan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi.

  2. Kementerian Haji dan Umrah akan memberi l

  3. aluan khas untuk jemaah umrah dan haji antarabangsa.

  4. Kementerian Haji dan Umrah akan berusaha mengurangkan urusan secara fizikal dan mengoptimakan urusan secara atas talian.


Sumber : Haramain Info.

Diterjemah oleh : Abu Razan. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ringkasan tawaf Wada'

Ringkasan Tawaf Wada’ 1)     Hukumnya adalah wajib . 2)     Tawaf wada’ merupakan ibadah wajib yang tersendiri, tidak berkaitan dengan haji atau umrah. Wajib bagi ‘sesiapa’ yang memasuki Mekah. 3)     Keluar dari Mekah dengan tidak melakukan tawaf wada’ : ●      Berdosa jika sengaja dan wajib membuat tawaf wada’ jika masih belum melepasi dua marhalah. ●      Jika sudah melepas dua marhalah, tidak wajib atasnya untuk kembali menunaikan tawa wada’. ●      Jika tidak kembali semula ke Mekah dengan tujuan tawaf wada’, wajib baginya untuk menunaikan dam tertib dan taqdir. ●      Jika kembali semula ke Mekah(melakukan tawaf wada’) sebelum mencecah perjalanannya dua marhalah gugur daripadanya dam tertib dan taqdir. ●      Jika dia kembali semula ke Mekah selepas mencecah perjalanannya dua marhalah dia tetap wajib menyempurnaka...

Kelebihan Air Zam Zam

Tidak makan tetapi bertambah gemuk?? Abu Zar al-Ghifari r.a atau nama sebenarnya Jundub Bin Junadah ada menceritakan kisah bagaimana beliau memeluk Islam dan ternyata kisah ini sangat menarik. Beliau merupakan antara sahabat yang terawal memeluk Islam. Setelah mendengar mengenai kemunculan seorang nabi di Mekah, Abu Zar bersama adiknya Unais pergi ke Mekah untuk menemui Rasulullah SAW. Tidak terlalu panjang perbualan antara Rasulullah SAW dan Abu Zar r.a sebelum Abu Zar r.a t erus melafazkan syahadahnya. Antara perbualan dua insan mulia ini yang ada direkodkan di dalam Shahih Muslim adalah : - Menurut Abu Zar, setelah bertemu dengan Rasulullah SAW, Baginda bertanya kepadanya, "Sejak bila kamu berada di sini?" Jawabnya, "Semenjak 30 hari yang lalu." Rasulullah SAW bertanya lagi, "Siapa yang memberi kamu makanan?" Jawab Abu Zar, "Saya tidak mempunyai makanan dan saya hanya meminum air zam zam sahaja. Tetapi saya berasa semakin gemuk ...

Nama-nama Makkah

1) Makkah.(Surah al-Fath 48 : 24) - Makkah ertinya membinasakan atau mengurangkan. Dinamakan Makkah kepada Tanah Haram Makkah seluruhnya kerana Makkah mengurang atau menghapus dosa orang yang datang kepadanya. 2) Bakkah. (Surah Ali 'Imran 3 : 96) - Bakkah ertinya memecah, mencarik, atau menunduk. Dinamakan Bakkah kerana ramai manusia datang kepadanya dan menyebabkan orang bersesak-sesak padanya. Makkah juga menunduk atau menghancurkan orang yang zalim dan menghapuskan mereka. 3) Ummul Qura. (Surah al-An'am 6 : 92, Surah al-Syura 42 :7) - Ummul Qura membawa erti ibu kampung atau kota. 4) Al-Balad. (Surah al-Balad 90 : 1-2) - Al-Balad membawa erti negeri. Yang dimaksudkan dengan negeri ialah Makkah. 5) Al-Baldah. (Surah al-Naml 27 : 91) - Ia juga membawa maksud negeri, iaitu Makkah. 6) Al-Baladul Amin. (Surah al-Tin 95 :1) - Ia memberi erti negeri yang aman. Hal ini kerana manusia dan haiwan yang berada di Makkah mendapat keamanan pada zaman jahiliah dan Islam. 7) Haraman ...