Ringkasan
Tawaf Wada’
1) Hukumnya
adalah wajib.
2) Tawaf
wada’ merupakan ibadah wajib yang tersendiri, tidak berkaitan dengan haji atau
umrah. Wajib bagi ‘sesiapa’ yang memasuki Mekah.
3) Keluar
dari Mekah dengan tidak melakukan tawaf wada’ :
● Berdosa
jika sengaja dan wajib membuat tawaf wada’ jika masih belum melepasi dua
marhalah.
● Jika
sudah melepas dua marhalah, tidak wajib atasnya untuk kembali menunaikan tawa
wada’.
● Jika
tidak kembali semula ke Mekah dengan tujuan tawaf wada’, wajib baginya untuk
menunaikan dam tertib dan taqdir.
● Jika
kembali semula ke Mekah(melakukan tawaf wada’) sebelum mencecah perjalanannya
dua marhalah gugur daripadanya dam tertib
dan taqdir.
● Jika dia
kembali semula ke Mekah selepas mencecah perjalanannya dua marhalah dia tetap
wajib menyempurnakan dam tertib dan taqdir.
*Jika seseorang keluar dari Mekah
kerana sesuatu hajat ke suatu tempat yang jaraknya tidak mencecah dua
marhalah, tiba-tiba berlaku perubahan jadual perjalanan yang menyebabkan dia
perlu bermusafir ke suatu tempat yang mencecah dua marhalah, tidak wajib
atasnya masuk ke Mekah untuk melakukan tawaf wida’. Ini kerana semasa dia
mula-mula keluar kerana hajatnya itu tidak dituntut atasnya untuk melakukan
tawaf wada’.
4) Golongan
yang tidak diwajibkan tawaf wada’ dan membayar dam adalah :
● Perempuan
yang datang haid atau nifas.
● Perempuan
yang didatangi darah istifadah dalam tempoh haidnya.
● Orang
yang berpenyakit salasalbaul (air
kencing yang sentiasa
menitis) atau seumpamanya.
● Orang
yang luka dan darahnya mengalir tiada dapat ditahan serta boleh menajiskan
masjid.
● Orang
yang takut kepada orang zalim yang akan melakukan kezaliman ke atasnya.
● Orang
yang takut kepada peminta hutang sedangkan ia tidak berupaya menjelaskan
hutangnya.
● Orang
yang takut kepada sesuatu yang akan memerbahayakan dirinya atau kehormatan
maruah diri atau hartanya.
● Orang
yang tidak mempunyai air atau tanah untuk bersuci.
● Orang
yang dipaksa meninggalkan tawaf(kecemasan, darurat, dll).
● Orang
yang takut ditinggalkan oleh teman seperjalanan(tidak sengaja dan bukan cuai).
● Orang
yang terpaksa dipimpin atau diusung kerana uzur disebabkan sakit atau tua dan
tidak mampu duduk di kerusi roda.
● Orang
yang mendapat rawatan secara rapi dan berjadual.
● Petugas
yang begitu kerap keluar masuk Mekah kerana memberi perkhidmatan kepada petugas
haji/umrah.
● Jemaah
haji/umrah yang tergolong dalam golongan high
risk yang telah dikenal pasti oleh pihak perubatan.
5) Waktu
melakukan Tawaf Wada’ :
● Dilakukan
setelah selesai semua urusan seperti umrah telah dilakukan, urusan membeli
belah telah selesai, beg bagasi sudah dikemaskan dan pelbagai lagi urusan.
● Sebaik
sahaja melakukan tawaf wada’ jemaah hendaklah terus meninggalkan Mekah kecuali
atas sebab-sebab tertentu.
● Sesiapa
yang melengah-lengah meninggalkan Tanah Haram Mekah selepas melakukan tawaf
wada’, wajib ke atasnya untuk mengulangi tawaf wada’.
● Dicadangkan
tawaf wada’ untuk dilakukan 3-4 jam sebelum jadual keberangkatan meninggalkan
Mekah.
6) Melakukan Tawaf Wada’ secara asasnya adalah
sama dengan tawaf umrah dari sudut syarat-syarat dan sunat-sunat tawaf yang
telah dinyatakan sebelum ini. Namun terdapat beberapa perbezaan seperti :
● Tidak
perlu memakai ihram. Cukup memadai dengan menutup aurat.
● Wajib
berniat sebelum memulakan tawaf.
● Tidak
melakukan idtiba’ bagi lelaki kerana tidak memakai ihram.
● Tiada
perbuatan lari-lari anak bagi lelaki untuk pusingan 1,2, dan 3.
7) Berikut
diperincikan hajat-hajat yang boleh dilakukan selepas tawaf wada’ :
1. Sejurus selepas
tawaf :
● Menunaikan
solat sunat tawaf dan berdoa selepasnya.
● Berdoa
di Multazam.
● Minum
air zam-zam dan berdoa.
● Mengucup
Hajarul Aswad.
● Menunaikan
solat sunat safar.
● Menunaikan
solat jika bilal telah melaungkan iqamat, atau bila sedang melaungkan azan
sedangkan ia telah berusaha untuk keluar setelah melaksanakan tawaf wada’
tetapi tidak sempat kerana halangan atau kesesakan.
● Bergambar
atau mengambil gambar dalam kadar yang cepat. Walaupun begitu, tidak
digalakkan.
2. Selepas
tawaf(di penginapan) :
● Makan
dan minum sekadar keperluan dalam bilik penginapan.
● Qadha’
hajat.
● Mandi
atau menukar pakaian.
● Mengambil
beg atau barang yang ditinggalkan di bilik penginapan.
● Mencari
isteri, saudara, waris, atau rakan yang hilang.
● Mengangkat
barang-barang yang hendak dibawa bersama.
● Melawat
isteri, saudara, rakan, waris yang sakit di klinik/hospital.
● Sebarang
urusan yang berkaitan dengan perjalanan ke Jeddah atau Madinah.
● Menunggu
kenderaan yang lewat tiba.
● Mengambil
gambar dalam jangka masa menunggu kenderaan.
Perhatian
:
1) Terdapat
kes jemaah yang dijadualkan keluar dari Mekah selepas Zuhur, jika dilakukan
Tawaf Wada’ selepas solat Zuhur, dia akan melakukannya dalam keadaan
tergopoh-gapah kerana hendak mengejar masa. Di samping kebimbangan berlaku
kelewatan menyudahkan Tawaf Wada’ akibat kesesakan yang biasa berlaku selepas
solat Zuhur. Ini tentu sekali akan menggangu jadual perjalanan dari Tanah Haram
Mekah. Dalam keadaan ini, jemaah dibolehkan tawaf enam pusingan sebelum Zuhur
kemudian menyambung satu pusingan lagi selepas Zuhur. Cara ini juga boleh dilakukan bagi jemaah yang uzur tetapi mampu
melakukan tawaf wada’.
2) Bagi
wanita yang kedatangan haid, cara yang sunat baginya untuk meninggalkan Tanah
Haram Mekah ialah berdoa di hadapan pintu Masjidil Haram.
3) Berwirid
panjang selepas melaksanakan Tawaf Wada’ menyebabkan batal tawaf wada’.
Berlainan dengan doa panjang yang tidak membatalkan tawaf wada’.
4) Bersedekah
semasa dalam masjidil haram atau ketika dalam perjalanan balik ke bangunan
penginapan boleh membatalkan tawaf wada’. Namun jika bersedekah sambil lalu di
sebelah peminta sedekah tanpa mencari-cari tidak membatalkan tawaf wada’.
Begitu juga boleh bersedekah ketika menunggu kedatangan kenderaan di
penginapan.
5) Membeli
belah(termasuk membeli makanan burung), berehat, bersantai dan tidur dalam
bilik, membayar hutang yang boleh ditangguhkan boleh membatalkan tawaf wada’.
6) Terdapat
kes jemaah yang meminta kawannya membelikan sesuatu barangan yang bukan
keperluan perjalanannya selepas dia selesai melakukan tawaf wada’. Kedudukannya
adalah seperti berikut :
● Pembelian yang dilakukan oleh orang yang
diwakilkan sedangkan jemaah belum lagi melaksanakan tawaf wada’nya, tidak batal
tawaf wada’nya.
● Pembelian
yang dilakukan selepas tawaf wada’ tetapi jemaah telah bergerak ke destinasi.
● Pembelian
dilakukan selepas tawaf wada’ dan dibeli ketika mana jemaah masih berada di
bangunan penginapan, batal tawaf wada’nya.
7) Menunaikan
solat-solat sunat seperti Hajat, Taubat, dan sebagainya selepas tawaf wada’
tidak dibolehkan. Jika berkehendak, hendaklah dilakukan sebelum tawaf wada’.
Namun solat-solat tersebut boleh dilakukan jika dalam tempoh menunggu bas di
bangunan penginapan dengan syarat kenderaan tidak sedia menunggu. Namun
berdasarkan Pekeliling Ibadat Bil 5/2018 Musim Haji 1439H, jemaah haji atau
umrah yang sudah melakukan tawaf wada’ dan melaksanakan ibadah lain selepas itu
dengan niat untuk tidak bermukim lagi di Mekah seperti solat dhuha, solat
taubat, solat berjemaah yang tidak lama menunggu melebihi 20 minit, sujud
syukur, doa dan lain-lain ibadat yang dikira tidak lama menunggu dalam Masjidil
Haram adalah tidak membatalkan Tawaf Wada’.
8) Selepas
melakukan tawaf wada’ dan pulang ke penginapan, jemaah hendaklah menunaikan
solat fardhu di penginapan sahaja. Tidak boleh menunaikannya di Masjidil Haram
berimamkan Imam Masjidil Haram kerana ia akan membatalkan tawaf wada’. Tetapi
tidak batal jika melibatkan solat Jumaat bagi jemaah lelaki. Namun bagi kes
jemaah yang telah tawaf wada’ dan sedang menunggu kenderaan, apabila masuk waktu
solat dan mereka solat di lobi hotel
atau di dataran Masjidil Haram
dengan berjemaah berimamkan imam Masjidil Haram, solat itu bukan termasuk mazannah al iqamah(tanda bermukim) di
Mekah dan bukan melengah-lengahkan permusafiran.
9) Melakukan
persetubuhan sementera menunggu kenderaan tiba membatalkan tawad wada’ kerana
perbuatan tersebut dianggap menyalahi u’ruf orang yang akan bermusafir.
10) Tempoh menunggu di penginapan selepas Tawaf
Wada’ :
● Tempoh
menunggu 8 jam.
Tempoh ini dicadangkan dalam keadaan biasa tanpa ada
halangan atas sebab urusan berkaitan permusafiran. Perkiraan masa 8 jam
tersebut hendaklah dikira bermula dari masa jemaah sampai ke bangunan
penginapan setelah pulang dari Tawaf Wada’. Sekiranya jemaah tidak keluar dari
Mekah dalam masa 8 jam selepas Tawaf Wada’ bukan disebabkan masalah urusan
berkaitan permusafiran, Tawaf Wada’nya perlu diulangi semula.
● Tempoh
menunggu 24 jam.
Tempoh ini dicadangkan dalam keadaan di mana Tawaf
Wada’ telah selesai dilakukan kemudian dalam tempoh 24 jam baru dimaklumkan
kelewatan pergerakan kenderaan keluar dari Mekah. Jemaah tidak perlu mengulangi
semula Tawaf Wada’ jika penangguhan pergerakan kenderaan diketahui dalam masa
24 jam selepas tawaf. Perkiraan tempoh 24 jam tersebut hendaklah dikira bermula
dari masa jemaah sampai di bangunan penginapan setelah pulang dari Tawaf Wada’.
Walau bagaimanapun jemaah masih tertakluk kepada
larangan melakukan perbuatan yang dilarang selepas selesai Tawaf Wada’ seperti
:
i. Tidak boleh membeli belah selepas tawaf kecuali
keperluan perjalanan seperti makanan, pakaian dan lain-lain.
ii. Tidak boleh solat di Masjidil Haram selepas Tawaf
Wada’. Boleh solat berjemaah di Surau Penginapan.
iii. Tidak boleh bergambar dan mengambil gambar di
luar bangunan hotel.
iv. Boleh berehat dan tidur di bilik.
*Dipetik dan diringkaskan daripada buku “Fiqh
Umrah Kontemporari” karangan Jamalluddin Hashim.
Ulasan
Catat Ulasan