Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Mekah

Ka'bah

Tersergam megah di tengah Layaknya cinta dari hati merah Gagah penjuru empat arah Ke seluruh dunia seruan membelah Bemula di Hajarul Aswad Melalui Multazam Menyusur pintu Ka'abah yang mulia Berjalan bertemu Rukun Iraqi Apa khabar saudara-saudara ku di Iraq sana Melintasilah Hijr Ismail Tempat yang mulia Asalnya juga Ka'bah yang mulia Saksi insan-insan di sudut kecil Berjalan lagi dengan khusyuk bertemu Rukun Syaami hatiku menjadi tawadhuk mengenang takdir yang mereka alami Apa khabar saudara-saudara ku di bumi berkah Syam sana Maka berjalanlah aku ke Rukun Yamani membaca doa ajaran nabi "Rabbana aatina fiddunya hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qiina azaabannar!" رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ Wahai Tuhan kami, berikan kami kebaikan di dunia, dan  kebaikan  di akhirat, dan jauhkan kami dari azab neraka!  Maka aku kembali ke Hajarul Aswad Tersedar yang aku selesai satu pusingan tawaf Labba

CATATAN-CATATAN DALAM SEJARAH ISLAM, HAJI DITANGGUH/DIHALANG

CATATAN-CATATAN DALAM SEJARAH ISLAM, HAJI DITANGGUH/DIHALANG.    Sepanjang sejarah, lebih kurang 40 kali ibadah Haji samada dibatalkan ataupun jemaah Haji adalah teramat sedikit untuk tahun itu menurut Badan Penyelidikan dan Arkib Raja Abdul Aziz. Bukanlah perkara yang tidak pernah berlaku peristiwa Masjidil Haram "kosong", tetapi ianya tetap menjadi peristiwa yang menyedihkan kaum Muslimin. Antara punca peristiwa ini berlaku adalah : Epidemik/wabak. Kekacauan politik. Keruntuhan ekonomi. Keselamatan yang tidak terjamin. Konflik. Serangan perompak dan penyamun. Antara tahun dan peristiwa berlakunya Haji ditangguh atau terganggu : 1. 251 H / 865 M. Ismail bin Yusuf Al-Alawi yang dikenali sebagai Al Safak bersama angkatannya telah memberontak kepada Khalifah Abbasiah dan membunuh beribu jemaah Haji yang sedang berada di Bukit Arafah, memaksa kepada pembatalan Haji. 2.  317 H / 930 M. Antara peristiwa paling masyhur berkaitan pembatalan Haji adalah peristiwa "Pelanggaran Qa

Fadha'il(Kelebihan) Makkah

Makkah telah dipilih oleh Allah s.w.t. menjadi tempat tumpuan hamba-hamba-Nya yang Mukmin sejak turun temurun dan mempunyai kelebihan serta keistimewaan yang banyak. Di bawah ini dinyatakan beberapa hadis mengenai kelebihan (fadhail) Makkah : 1. Makkah ialah Tanah Haram Ertinya : Daripada Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda pada hari pembukaan kota Makkah: “Sesungguhnya negeri Makkah ini telah dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai Tanah Haram pada hari Dia menciptakan langit dan bumi. Makkah ialah Tanah Haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. Tidak di benarkan berperang di Makkah kepada sesiapa pun sebelumku, dan tidak dibenarkan kepadaku kecuali beberapa masa shaja (pada hari pembukaan kota Makkah tahun ke-8H). Makkah ialah Tanah Haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. Tidak boleh memotong pohon, tidak boleh menangkap binatang perburuan (yang hidup bebas), tidak boleh mengambil barang yang tercici