Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Madinah

Pintu dan tiang di Raudhah

Dua tiang di dalam Raudhah Masjid Nabawi yang dinamakan Al Hars dan Al Wufud. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Di Masjid Nabawi, setiap tiang ada sejarah dan sirahnya yang tersendiri. Masjid yang kita cintai ini, yang dibina berasaskan kepada taqwa yang sarat dengan kisah-kisah menjadi saksi kepada agama dan ummat ini. Di antara dua tiang ini adalah "Pintu Nabi" ataupun dinamakan juga sebagai Pintu Sayyidah A'isyah RA kerana ini adalah pintu dari bilik beliau yang melaluinya Rasulullah akan terus masuk ke Masjid Nabawi. Di sebelah kanan gambar adalah tiang Al Hars yang bermaksud penjaga ataupun "bodyguard". Manakala di sebelah kiri pula adalah tiang Al Wufud yang bermaksud delegasi. Tiang Al-Hars. Tiang Al Hars merupakan tempat penjaga keselamatan Rasulullah SAW berjaga. Tugas tersebut digilirkan di kalangan sahabat dan sahabat yang paling kerap berjaga di sini adalah Saidina Ali RA sehingga tiang ini juga digelar