Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Makkah

Sistem Suara Masjidil Haram

KENAPA SISTEM SUARA MASJIDIL HARAM TIDAK PERNAH GAGAL: Terdapat 3 sistem suara yang beroperasi di Masjidil Haram. 1 merupakan sistem utama dan lagi 2 merupakan sistem sokongan. Untuk Imam, mikrofon utama terletak di bahagian paling kanan, mikrofon tengah merupakan mikrofon sokongan yang pertama manakala mikrofon yang kiri sekali merupakan mikrofon sokongan yang kedua. Jika berlaku kegagalan fungsi kepada sistem utama, sistem sokongan yang pertama akan terus berfungsi secara automatik. Jika itu juga tidak berhasil, sistem sokongan kedua akan hidup dan menjadikan sistem suara Masjidil Haram berkadar 0% kegagalan. Sekitar 50 orang pekerja yang bertugas menjaga sistem suara. Lebih dari 6,000 pembesar suara ditempatkan di sekitar Masjidil Haram, halaman sekitar, di jalanan malah hotel yang berdekatan menjadikan ia antara sistem suara yang terbesar di dunia. Setiap Imam dan Muazzin mempunyai tetapan suara yang sudah ditetapkan berpandukan kepada suara dan nada intonasi mereka, demi memastika

CATATAN-CATATAN DALAM SEJARAH ISLAM, HAJI DITANGGUH/DIHALANG

CATATAN-CATATAN DALAM SEJARAH ISLAM, HAJI DITANGGUH/DIHALANG.    Sepanjang sejarah, lebih kurang 40 kali ibadah Haji samada dibatalkan ataupun jemaah Haji adalah teramat sedikit untuk tahun itu menurut Badan Penyelidikan dan Arkib Raja Abdul Aziz. Bukanlah perkara yang tidak pernah berlaku peristiwa Masjidil Haram "kosong", tetapi ianya tetap menjadi peristiwa yang menyedihkan kaum Muslimin. Antara punca peristiwa ini berlaku adalah : Epidemik/wabak. Kekacauan politik. Keruntuhan ekonomi. Keselamatan yang tidak terjamin. Konflik. Serangan perompak dan penyamun. Antara tahun dan peristiwa berlakunya Haji ditangguh atau terganggu : 1. 251 H / 865 M. Ismail bin Yusuf Al-Alawi yang dikenali sebagai Al Safak bersama angkatannya telah memberontak kepada Khalifah Abbasiah dan membunuh beribu jemaah Haji yang sedang berada di Bukit Arafah, memaksa kepada pembatalan Haji. 2.  317 H / 930 M. Antara peristiwa paling masyhur berkaitan pembatalan Haji adalah peristiwa "Pelanggaran Qa

Ringkasan tawaf Wada'

Ringkasan Tawaf Wada’ 1)     Hukumnya adalah wajib . 2)     Tawaf wada’ merupakan ibadah wajib yang tersendiri, tidak berkaitan dengan haji atau umrah. Wajib bagi ‘sesiapa’ yang memasuki Mekah. 3)     Keluar dari Mekah dengan tidak melakukan tawaf wada’ : ●      Berdosa jika sengaja dan wajib membuat tawaf wada’ jika masih belum melepasi dua marhalah. ●      Jika sudah melepas dua marhalah, tidak wajib atasnya untuk kembali menunaikan tawa wada’. ●      Jika tidak kembali semula ke Mekah dengan tujuan tawaf wada’, wajib baginya untuk menunaikan dam tertib dan taqdir. ●      Jika kembali semula ke Mekah(melakukan tawaf wada’) sebelum mencecah perjalanannya dua marhalah gugur daripadanya dam tertib dan taqdir. ●      Jika dia kembali semula ke Mekah selepas mencecah perjalanannya dua marhalah dia tetap wajib menyempurnakan dam tertib dan taqdir. *Jika seseorang keluar dari Mekah kerana sesuatu hajat ke suatu tempat yang                   jaraknya tidak menc

Fadha'il(Kelebihan) Makkah

Makkah telah dipilih oleh Allah s.w.t. menjadi tempat tumpuan hamba-hamba-Nya yang Mukmin sejak turun temurun dan mempunyai kelebihan serta keistimewaan yang banyak. Di bawah ini dinyatakan beberapa hadis mengenai kelebihan (fadhail) Makkah : 1. Makkah ialah Tanah Haram Ertinya : Daripada Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda pada hari pembukaan kota Makkah: “Sesungguhnya negeri Makkah ini telah dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai Tanah Haram pada hari Dia menciptakan langit dan bumi. Makkah ialah Tanah Haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. Tidak di benarkan berperang di Makkah kepada sesiapa pun sebelumku, dan tidak dibenarkan kepadaku kecuali beberapa masa shaja (pada hari pembukaan kota Makkah tahun ke-8H). Makkah ialah Tanah Haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. Tidak boleh memotong pohon, tidak boleh menangkap binatang perburuan (yang hidup bebas), tidak boleh mengambil barang yang tercici