Langkau ke kandungan utama

Fadha'il(Kelebihan) Makkah

Makkah telah dipilih oleh Allah s.w.t. menjadi tempat tumpuan hamba-hamba-Nya yang Mukmin sejak
turun temurun dan mempunyai kelebihan serta keistimewaan yang banyak.

Di bawah ini dinyatakan beberapa hadis mengenai kelebihan (fadhail) Makkah :

1. Makkah ialah Tanah Haram

Ertinya: Daripada Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda pada hari pembukaan kota
Makkah: “Sesungguhnya negeri Makkah ini telah dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai Tanah Haram
pada hari Dia menciptakan langit dan bumi. Makkah ialah Tanah Haram dengan pengharaman
daripada Allah sehingga ke hari kiamat. Tidak di benarkan berperang di Makkah kepada sesiapa
pun sebelumku, dan tidak dibenarkan kepadaku kecuali beberapa masa shaja (pada hari
pembukaan kota Makkah tahun ke-8H). Makkah ialah Tanah Haram dengan pengharaman daripada
Allah sehingga ke hari kiamat. Tidak boleh memotong pohon, tidak boleh menangkap binatang
perburuan (yang hidup bebas), tidak boleh mengambil barang yang tercicir kecuali mereka mahu
mengumumkannya kepada orang ramai dan tidak boleh mengerat rumput di Makkah. “Kata
al-Abbas (bapa saudara Rasulullah): ‘Kecuali Izkhir (sejenis tumbuhan yang harum baunya) untuk
dibuat bahan bakar kepada tukang besi dan dibuat atap rumah.’ Jawab Rasulullah s.a.w.:’Kecuali
Izkhir.” Shahih Muslim, no. 1353.

2. Nabi Ibrahim a.s. mengisytiharkan Tanah Haram Makkah

Ertinya: Daripada Abdullah bin Zaid r.a. Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Nabi Ibrahim telah
mengharamkan Makkah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan Madinah sepertimana
Ibrahim mengharamkan Makkah dan aku berdoa untuk (keberkatan) cupak dan gantangnya
sepertimana Ibrahim a.s. berdoa untuk Makkah. Shahih al-Bukhari, no. 2129, Shahih Muslim,
no.1360.


3. Makkah ialah sebaik-baik negeri dan tempat yang paling disayangi oleh Allah s.w.t. dan Rasul-Nya s.a.w.
Ertinya: Daripada Abdullah bin ‘Adi bin Hamra’ al-Zuhdi: Aku lihat Rasulullah s.a.w. berdiri di Hazwarah dan bersabda: “Demi Allah! Sesungguhnya Makkah ialah sebaik-baik bumi Allah dan bumi yang sangat disayangi oleh Allah s.w.t., kalaulah aku tidak dihalau keluar daripadamu nescaya aku tidak akan keluar.” Sunan at-Tirmizi, no.3925. (Shahih)

4. Makkah tidak dimasuki dajal

Ertinya: Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah bersabda: “Semua negeri akan dimasuki oleh dajal kecuali Makkah dan Madinah, semua jalan masuk dikawal olah para malaikat yang berbaris-baris, kemudian Madinah akan bergoncang sebanyak tiga kali dan Allah s.w.t. akan mengeluarkan semua orang kafir dan munafik daripadanya.” Shahih al-Bukhari, no.1881.



5. Ancaman daripada melakukan ilhad (kejahatan) di Tanah Haram


Ertinya:  Daripada Ibn Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiga golongan manusia yang paling dibenci oleh Allah: (1) Orang yang melakukan ilhad (kejahatan) di Tanah Haram. (2) Orang yang mahu mengekalkan amalan jahiliah dalam Islam. (3) Orang yang menuntut darah manusia tanpa hak untuk menumpahkannya.” Shahih al-Bukhari, no.6882.



6. Kelebihan tawaf
Ertinya: Kata Ibn Umar r.a.: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang melakukan tawaf di rumah ini (Kaabah) tujuh pusingan genap, pahalanya adalah seperti memerdekakan seorang hamba.” Dan aku juga mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda “Tidak meletakkan kaki (orang yang tawaf) dan tidak pula mengangkat yang lainnya kecuali Allah s.w.t. menghapuskan kesalahannya serta menulis baginya satu kebajikan.” Sunan al-Tirmizi, no. 959.


7. Rahmat kepada orang yang tawaf, solat dan memandang kaabah


Ertinya: Daripada Ibn Abbas berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bahawasanya Allah
menurunkan 120 rahmat setiap hari, diturunkan kepada Kaabah; 60 rahmat untuk orang tawaf, 40
untuk orang solat dan 20 untuk orang yang memandangnya.” Al-Mu’jam al-Kabir 11/95.


8. Kelebihan solat di Makkah
Ertinya: Daripada Abdullah bin al-Zubair berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Solat di masjidku ini (Masjid nabawi) lebih baik daripada 1000 kali solat di masjid lain kecuali Masjidilharam, solat di Masjidilharam lebih afdal daripada 100 kali solat di masjidku ini (iaitu 100 ribu kali di masjid lain).” Musnad Imam Ahmad ⅘.(Shahih)

Disebut dalam riwayat yang lain: “Solat di Baitul Muqaddis pahalanya 500 kali ganda daripada masjid lain.” Kasyf al-Astar 1/212. Kata Al-Haitsami:hadis hasan.


Dipetik dan disunting dari buku, Makkah Al-Mukarramah: Kelebihan dan Sejarah, Dr. Abd Basit Abd
Rahman. Matan hadis yang asal boleh dilihat di buku ini ataupun kitab hadis yang menjadi rujukan.   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ringkasan tawaf Wada'

Ringkasan Tawaf Wada’ 1)     Hukumnya adalah wajib . 2)     Tawaf wada’ merupakan ibadah wajib yang tersendiri, tidak berkaitan dengan haji atau umrah. Wajib bagi ‘sesiapa’ yang memasuki Mekah. 3)     Keluar dari Mekah dengan tidak melakukan tawaf wada’ : ●      Berdosa jika sengaja dan wajib membuat tawaf wada’ jika masih belum melepasi dua marhalah. ●      Jika sudah melepas dua marhalah, tidak wajib atasnya untuk kembali menunaikan tawa wada’. ●      Jika tidak kembali semula ke Mekah dengan tujuan tawaf wada’, wajib baginya untuk menunaikan dam tertib dan taqdir. ●      Jika kembali semula ke Mekah(melakukan tawaf wada’) sebelum mencecah perjalanannya dua marhalah gugur daripadanya dam tertib dan taqdir. ●      Jika dia kembali semula ke Mekah selepas mencecah perjalanannya dua marhalah dia tetap wajib menyempurnakan dam tertib dan taqdir. *Jika seseorang keluar dari Mekah kerana sesuatu hajat ke suatu tempat yang                   jaraknya tidak menc

Pintu dan tiang di Raudhah

Dua tiang di dalam Raudhah Masjid Nabawi yang dinamakan Al Hars dan Al Wufud. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Di Masjid Nabawi, setiap tiang ada sejarah dan sirahnya yang tersendiri. Masjid yang kita cintai ini, yang dibina berasaskan kepada taqwa yang sarat dengan kisah-kisah menjadi saksi kepada agama dan ummat ini. Di antara dua tiang ini adalah "Pintu Nabi" ataupun dinamakan juga sebagai Pintu Sayyidah A'isyah RA kerana ini adalah pintu dari bilik beliau yang melaluinya Rasulullah akan terus masuk ke Masjid Nabawi. Di sebelah kanan gambar adalah tiang Al Hars yang bermaksud penjaga ataupun "bodyguard". Manakala di sebelah kiri pula adalah tiang Al Wufud yang bermaksud delegasi. Tiang Al-Hars. Tiang Al Hars merupakan tempat penjaga keselamatan Rasulullah SAW berjaga. Tugas tersebut digilirkan di kalangan sahabat dan sahabat yang paling kerap berjaga di sini adalah Saidina Ali RA sehingga tiang ini juga digelar

Ka'bah

Tersergam megah di tengah Layaknya cinta dari hati merah Gagah penjuru empat arah Ke seluruh dunia seruan membelah Bemula di Hajarul Aswad Melalui Multazam Menyusur pintu Ka'abah yang mulia Berjalan bertemu Rukun Iraqi Apa khabar saudara-saudara ku di Iraq sana Melintasilah Hijr Ismail Tempat yang mulia Asalnya juga Ka'bah yang mulia Saksi insan-insan di sudut kecil Berjalan lagi dengan khusyuk bertemu Rukun Syaami hatiku menjadi tawadhuk mengenang takdir yang mereka alami Apa khabar saudara-saudara ku di bumi berkah Syam sana Maka berjalanlah aku ke Rukun Yamani membaca doa ajaran nabi "Rabbana aatina fiddunya hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qiina azaabannar!" رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ Wahai Tuhan kami, berikan kami kebaikan di dunia, dan  kebaikan  di akhirat, dan jauhkan kami dari azab neraka!  Maka aku kembali ke Hajarul Aswad Tersedar yang aku selesai satu pusingan tawaf Labba