Langkau ke kandungan utama

Pintu dan tiang di Raudhah



Dua tiang di dalam Raudhah Masjid Nabawi yang dinamakan Al Hars dan Al Wufud.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Di Masjid Nabawi, setiap tiang ada sejarah dan sirahnya yang tersendiri. Masjid yang kita cintai ini, yang dibina berasaskan kepada taqwa yang sarat dengan kisah-kisah menjadi saksi kepada agama dan ummat ini.

Di antara dua tiang ini adalah "Pintu Nabi" ataupun dinamakan juga sebagai Pintu Sayyidah A'isyah RA kerana ini adalah pintu dari bilik beliau yang melaluinya Rasulullah akan terus masuk ke Masjid Nabawi. Di sebelah kanan gambar adalah tiang Al Hars yang bermaksud penjaga ataupun "bodyguard". Manakala di sebelah kiri pula adalah tiang Al Wufud yang bermaksud delegasi.


Tiang Al-Hars.

Tiang Al Hars merupakan tempat penjaga keselamatan Rasulullah SAW berjaga. Tugas tersebut digilirkan di kalangan sahabat dan sahabat yang paling kerap berjaga di sini adalah Saidina Ali RA sehingga tiang ini juga digelar Tiang Ali.

Namun selepas turunnya Surah al-Maidah : 67 bermaksud “... Dan Allah memelihara engkau daripada (gangguan) manusia...”. Rasulullah SAW mengarahkan agar tugasan itu dihentikan serta merta. 


Tiang Al-Wufud.

Seiring dengan namanya "Al Wufud", tiang ini menjadi tempat menyambut delegasi asing yang mahu bertemu Rasulullah SAW. Mereka dilayan selayaknya sebagai tetamu. Pelbagai peristiwa yang bersejarah berlaku di sini.


Kini, kedua-dua tiang ini menjadi tiang untuk dinding sempadan Raudhah dan Makam Nabi SAW, Abu Bakar RA, dan Umar RA.

Semoga tulisan ini bermanfaat dan menambah ilmu juga cinta kita kepada Masjid Nabawi.

Rujukan gambar : معالم المدينه النبوية




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ringkasan tawaf Wada'

Ringkasan Tawaf Wada’ 1)     Hukumnya adalah wajib . 2)     Tawaf wada’ merupakan ibadah wajib yang tersendiri, tidak berkaitan dengan haji atau umrah. Wajib bagi ‘sesiapa’ yang memasuki Mekah. 3)     Keluar dari Mekah dengan tidak melakukan tawaf wada’ : ●      Berdosa jika sengaja dan wajib membuat tawaf wada’ jika masih belum melepasi dua marhalah. ●      Jika sudah melepas dua marhalah, tidak wajib atasnya untuk kembali menunaikan tawa wada’. ●      Jika tidak kembali semula ke Mekah dengan tujuan tawaf wada’, wajib baginya untuk menunaikan dam tertib dan taqdir. ●      Jika kembali semula ke Mekah(melakukan tawaf wada’) sebelum mencecah perjalanannya dua marhalah gugur daripadanya dam tertib dan taqdir. ●      Jika dia kembali semula ke Mekah selepas mencecah perjalanannya dua marhalah dia tetap wajib menyempurnaka...

Kelebihan Air Zam Zam

Tidak makan tetapi bertambah gemuk?? Abu Zar al-Ghifari r.a atau nama sebenarnya Jundub Bin Junadah ada menceritakan kisah bagaimana beliau memeluk Islam dan ternyata kisah ini sangat menarik. Beliau merupakan antara sahabat yang terawal memeluk Islam. Setelah mendengar mengenai kemunculan seorang nabi di Mekah, Abu Zar bersama adiknya Unais pergi ke Mekah untuk menemui Rasulullah SAW. Tidak terlalu panjang perbualan antara Rasulullah SAW dan Abu Zar r.a sebelum Abu Zar r.a t erus melafazkan syahadahnya. Antara perbualan dua insan mulia ini yang ada direkodkan di dalam Shahih Muslim adalah : - Menurut Abu Zar, setelah bertemu dengan Rasulullah SAW, Baginda bertanya kepadanya, "Sejak bila kamu berada di sini?" Jawabnya, "Semenjak 30 hari yang lalu." Rasulullah SAW bertanya lagi, "Siapa yang memberi kamu makanan?" Jawab Abu Zar, "Saya tidak mempunyai makanan dan saya hanya meminum air zam zam sahaja. Tetapi saya berasa semakin gemuk ...

Nama-nama Makkah

1) Makkah.(Surah al-Fath 48 : 24) - Makkah ertinya membinasakan atau mengurangkan. Dinamakan Makkah kepada Tanah Haram Makkah seluruhnya kerana Makkah mengurang atau menghapus dosa orang yang datang kepadanya. 2) Bakkah. (Surah Ali 'Imran 3 : 96) - Bakkah ertinya memecah, mencarik, atau menunduk. Dinamakan Bakkah kerana ramai manusia datang kepadanya dan menyebabkan orang bersesak-sesak padanya. Makkah juga menunduk atau menghancurkan orang yang zalim dan menghapuskan mereka. 3) Ummul Qura. (Surah al-An'am 6 : 92, Surah al-Syura 42 :7) - Ummul Qura membawa erti ibu kampung atau kota. 4) Al-Balad. (Surah al-Balad 90 : 1-2) - Al-Balad membawa erti negeri. Yang dimaksudkan dengan negeri ialah Makkah. 5) Al-Baldah. (Surah al-Naml 27 : 91) - Ia juga membawa maksud negeri, iaitu Makkah. 6) Al-Baladul Amin. (Surah al-Tin 95 :1) - Ia memberi erti negeri yang aman. Hal ini kerana manusia dan haiwan yang berada di Makkah mendapat keamanan pada zaman jahiliah dan Islam. 7) Haraman ...