Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2020

PENGUMUMAN DARI KEMENTERIAN HAJI DAN UMRAH ARAB SAUDI

  Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah mengumumkan syarat baharu untuk umrah. Hanya mereka yang berumur 18-65 tahun sahaja yang akan dibenarkan untuk menunaikan umrah pada peringkat awal ini. Hanya mereka yang telah berdaftar dengan aplikasi umrah sahaja yang dibenarkan untuk masuk ke Masjidil Haram. Permit umrah akan diberi percuma(penduduk tempatan). Penginapan dan pengangkutan boleh ditempah melalui aplikasi yang disediakan oleh kementerian. Pusat pengasingan akan diadakan di hotel-hotel untuk para jemaah yang mempunyai sebarang simptom. Saluran alternatif diberikan untuk mereka yang mempunyai masalah mendaftar menggunakan aplikasi yang disediakan oleh kementerian. Jemaah umrah akan dibahagikan kepada 12 kumpulan pada satu-satu masa dalam tempoh 24 jam dan satu sesi hanya dibenarkan 3 jam sahaja. Pegawai kesihatan akan ditugaskan untuk memantau perjalanan umrah. Berkenaan umrah untuk jemaah antarabangsa : Keputusan akan dibuat mengikut negara dan akan ditentukan dari semasa k

PENDAFTARAN BAGI MENGERJAKAN UMRAH DAN BERIBADAH DI MASJIDIL HARAM KETIKA ATAU PASCA COVID-19

  Umum mengetahui bahawa kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan kebenaran kembali menunaikan umrah. Kebenaran menunaikan umrah ini akan melalui 4 fasa. Fasa 1 akan bermula pada 4 Oktober 2020 dengan 6,000 orang rakyat tempatan dan pemastautin sahaja yang dibenarkan untuk umrah dan iktikaf untuk sehari. Fasa kedua pula akan bermula pada 18 Oktober 2020 dengan kapasiti yang dibenarkan adalah 15,000 orang untuk umrah dan 40,000 orang untuk iktikaf dan beribadah di Masjidil Haram untuk sehari.  Fasa ketiga yang bermula 1 November 2020, sempadan Arab Saudi mula dibuka untuk pengunjung dari luar negara. Berkapasitikan 20,000 orang untuk jemaah umrah dan 60,000 orang untuk jemaah di Masjidil Haram(iktikaf/solat). Fasa keempat yang juga merupakan fasa terakhir, masih tiada tarikh rasmi dari kerjaan Saudi, tetapi berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, kemungkinan tarikh 1 Januari 2021 merupakan tarikh untuk fasa ke-4 ini. Fasa ke-4 merupakan fasa di mana kebenaran penuh akan diberik