Ringkasan Tawaf Wada’ 1) Hukumnya adalah wajib . 2) Tawaf wada’ merupakan ibadah wajib yang tersendiri, tidak berkaitan dengan haji atau umrah. Wajib bagi ‘sesiapa’ yang memasuki Mekah. 3) Keluar dari Mekah dengan tidak melakukan tawaf wada’ : ● Berdosa jika sengaja dan wajib membuat tawaf wada’ jika masih belum melepasi dua marhalah. ● Jika sudah melepas dua marhalah, tidak wajib atasnya untuk kembali menunaikan tawa wada’. ● Jika tidak kembali semula ke Mekah dengan tujuan tawaf wada’, wajib baginya untuk menunaikan dam tertib dan taqdir. ● Jika kembali semula ke Mekah(melakukan tawaf wada’) sebelum mencecah perjalanannya dua marhalah gugur daripadanya dam tertib dan taqdir. ● Jika dia kembali semula ke Mekah selepas mencecah perjalanannya dua marhalah dia tetap wajib menyempurnakan dam tertib dan taqdir. *Jika seseorang keluar dari Mekah kerana sesuatu hajat ke suatu tempat yang jaraknya tidak menc